Thursday, May 15, 2008

Hidupkan suasana cinta, suami isteri

Sekadar perkongsian....dipetik daripada sebuah akhbar tempatan

Apabila wujud perkahwinan, tidak semestinya semua berjalan dengan baik dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar.
Di bawah ini diperturunkan pengalaman masyarakat serta tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalaman selepas berkahwin.

1.Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
“Saya dan suami baru saja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan.Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”
*****Alhamdulillah...so far me and my abang sayang belum sampai ke tahap ni lagi...

2.Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.”
*****Some people believe we can express our love to our spouse tru body language...i believe it too..but i also believe it tru love words...that is very important..i love to hear loves words from my abang sayang...i know he does too...jadik,apa lagi...say it to ur love one...

3.Anda masih perlu menghangatkan suasana.
“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik saja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”
*****Ni perkara wajib setiap hari for me and my abang...hehehe...i will make sure sebelum terlelap we will do the story telling part...hahaha...hugs n kisses also..i believe these are the important things to do everyday...

4.Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada saja SMS yang dihantar, kadangkala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”
*****Eventhough my abang sayang gi ofis...kitorg akan sentiasa bersms or paling tdk tru YM..ntah kenapa...tapi kalo salah seorg tak buat sorg lagi mesti tanya...hehehe..dah terbiasa kot...

5.Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
“Mana ada yang 100 peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutama dari segi kerjaya. Kadangkala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumah tangga kucar-kacir.”
*****Dalam hal ni,aku rasa akula kot...hahaha...ada degree tapi tak keje...my abang sayang tak kasi la...he loves it...katanya bila balik rumah ada org sambut..boleh makan masakan aku tiap2 hari...paling penting anak2 dijaga dgn baik oleh haku iaitu si mama...hehe...

6.Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadangkala dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mula berkenalan dulu.
*****Yeap...strongly agree...masing2 skrg dah melebar...hahaha

7.Anda tidak semestinya bersetuju dalam semua perkara.
***Betul..disagreement mmg akan ada...tapi kena pandaila tolak ansur...me and my abang sayang pun kadang2 tak sependapat but we try to understand each other feelings la..tak semua org sependapat kan...

8.Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau masalah.Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Mereka inilah pasangan sehati sejiwa masing-masing.

9.Hubungan seks ada turun naiknya.
Kadangkala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberangsangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ia bergantung kepada mood dan keadaan sekeliling.
*****Me and my abang sayang byk kongsi ilmu 'bout this thing tru our readings...very open minded to discuss 'bout it...kitorg percaya hanya dr perbincangan barula masing2 faham kehendak masing2...apa nak dimalukan..it's only between me and him la kan...hahaha

10.Perasaan ego berlebihan amat berbahaya.
Apabila berlaku perselisihan, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil.
Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?
*****Ohhh...sungguh tidak sanggup...sbb tu kalo ada gaduh skit kami dua2 akan pastikan sebelum tido malam wajibla clearkan semuanya...hehe..aku tak boleh tido wo kalo tak bermaaf maafan...hehehe..

So...apa mcm sekalian readers?? Ni kira mcm ilmu jugakla kan....ilmu rumahtangga..apa salahnya kita praktikkan mana yg rasa bawa kebaikan.....tak rugi kan...

"Marriage is like a bank account. You put it in, you take it out, you lose interest" by Irwin Corey

7 comments:

sYuDz said...

hihii puan mimi menumpahkan ilmu nyer....
thanks..

Ms.Lilies said...

syudz...lama tak nmpk ko online..seronok gi diving?hehehe...saja nak share benda yg aku dpt kat korang semua... :)

a^T04 said...

leh wat pedoman ni..ihiks..

Ms.Lilies said...

a^t04:
Ye..sesamala kita jadikan sebagai amalan...hehehe

*SiRibenMerah said...

hello..
salam ziarah kembali..
link me yek... =P

ArELeEz said...

hye! salam kenal..
nk tumpang bace & komen, ek!
:)

Ms.Lilies said...

siribenmerah & areleez:

salam kenal2 jugak...hehehe